Tuesday 4 December 2018

Harta Sepencarian selepas perceraian di Malaysia



ž  Menurut seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
 mendefinisikan harta sepencarian sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.

apakah perkara yg diambil kira oleh mahkamah utk tentukan kadar dlm pembahagian harta sepencarian?
ž  Seksyen 122 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
ž  Mahkamah hendaklah mengambil kira
ž  1. takat sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dlm bentuk wang, harta atau kerja bg memperolehi aset-aset
ž  2. apa-apa hutang yang terhutang oleh satu pihak yg telah dilakukan bg manfaat mereka bersama
ž  3. keperluan-keperluan anak-anak yg belum dewasa dari perkahwinan itu

HASIL USAHA TUNGGAL??? Seksyen 122 (3)
ž  Seksyen 122 (4)
ž  menentukan kadar harta sepencarian hasil tunggal :
ž  - takat sumbangan-sumbangan yg telah dibuat oleh pihak yg tidak memperolehi aset itu, kpd kebajikan keluarga dgn memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga
ž  - keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dalam perkahwinan itu

BAGAIMANAKAH CARA PEMBAHAGIAN DIBUAT?
ž  a) SECARA SULH
iaitu dengan cara pengakuan dan penyerahan hak kepada satu pihak lagi seperti suami mengaku bahawa rumah itu adalah harta sepencarian tetapi dia tidak mahu menuntut, sebaliknya melepaskan haknya terhadap rumah itu kpd bekas isteri dan anak-anaknya.
ž  b)SECARA BAYARAN BALIK
iaitu apabila diakui sebidang tanah adalah harta sepencarian tetap si suami atau si isteri mahu memiliki terus tanah itu, maka siapa yang ingin terus memiliki tanah itu hendaklah memulangkan semula wang pihak satu lagi yang telah dibayar semasa pembelian tanah itu.
ž  c) SECARA PENJUALAN
iaitu suami dan si isteri tidak mahu memiliki sesuatu harta/aset tetapi mahukan bahagian masing-masing, maka mhkmh akan memerintahkan aset/harta itu dijual dan pembahagian mengikut kadar sumbangan terhadap aset itu.
ž  d) SECARA BAHAGI DUA
ž  seperti kedua belah pihak suami dan isteri telah tidak dapat membezakan berapakah jumlah wang yang telah disumbangkan dalam perolehan sesuatu harta itu. cara penyelesainnya ialah dengan menjual harta itu dan hasilnya dibahagi itu.
ž  e) BUDI BICARA MAHKAMAH
ž  iaitu apabila pihak-pihak membuktikan bahawa harta yang mereka perolehi adalah hasil sumbangan tidak langsung daripada salah satu pihak, maka kadar yang diperolehi oleh pihak itu adalah mengikut kuasa-kuasa budibicara hakim perbicaraan dengan mengambil kira kadar yang munasabah dan takat sumbangan pihak itu.



Perceraian fasakh di Malaysia


Selalu kita dengar isteri ingin menuntut fasakh jika suami enggan melepaskannya. Tahukah anda perceraian secara fasakh memerlukan pembuktian yang kuat. Kebayakan kes, Hakim Syariah akan menasihati Plaintif untuk melantik Peguam Syariah dalam membantu tuntutan fasakh tersebut. Sebaiknya anda melantik Peguam Syariah bertauliah untuk membantu anda dalam tuntutan fasakh.  Kesan perceraian secara fasakh ialah suami isteri tidak boleh merujuk semula selepas fasakh diputuskan mahkamah dan perlu berkahwin semula jika ingin berbaik semula.Fasakh juga tidak akan mengurangi bilangan talaq sekiranya berkahwin semula. 


Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam  menyatakan alasan-alasan berikut untuk permohonan perceraian fasakh:

(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berkahwin mengikut Hukum Syarak berhak mendapat suatu perintah untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—

    (a) bahawa tidak diketahui tempat di mana beradanya suami atau isteri selama tempoh lebih daripada satu tahun;

    (b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
    (c) bahawa suami atau isteri telah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau lebih;

    (d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

    (e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

    (f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

    (g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

    (h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain—
      (i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;
      (ii) berkawan dengan perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

      (iii) memaksa isteri hidup secara lucah;

      (iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;

      (v) menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

      (vi) jika suami mempunyai lebih daripada seorang isteri, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;
    (i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi persetubuhan belum berlaku kerana suami atau isteri sengaja enggan bersetubuh;

    (j) bahawa isteri tidak memberikan izin terhadap perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau apa-apa hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

    (k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun boleh memberi izin yang sah, ialah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam pengertian Ordinan Sakit Otak 1952[Ord. 31/52.] atau sakit otaknya adalah daripada jenis atau ke takat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau













Nafkah anak selepas perceraian



Sekiranya anda dipanggil hadir ke mahkamah, sila hadir ke mahkamah untuk membela diri anda. Jangan takut seorang tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah. Jangan anggap remeh ketidakhadiran ke Mahkamah Syariah boleh menyebabkan anda di penjara atau jangan merungut mahkamah akan putuskan perbicaraan sebelah pihak.  Selalu terjadi kes bila mahkamah dah putuskan potong gaji bapa untuk pembayaran nafkah anak, barulah si bapa ni sibuk nak buat rayuan atau tuntutan ubah perintah. Suami atau bapa sekalian juga harus ingat tanggungjawab anda menyediakan nafkah kepada anak sekalipun anak dalam jagaan bekas isteri.



Seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan menyatakan  Kewajipan menanggung nafkah anak :

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka menjadi kewajipan seseorang lelaki untuk menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pendidikan sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

(2) Kecuali seperti yang disebut terdahulu, menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, untuk menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat yang bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.

Peringatan Semasa proses perceraian dan selepas perceraian




Perceraian memang perkara dibenci Allah tetapi ingatlah perceraian juga diharuskan jika membawa 
mudharat perkahwinan diteruskan. Fikir semasaknya dan ingat ni:

1.ibu atau bapa yang dapat hak jagaan anak jangan pisahkan atau jauhkan bekas pasangn dari anak 
 selepas bercerai kerana anda mungkin dipenjara(komital) jika trbukti 

2. Si ibu dalam proses perceraian  minta  bekas suami bayar nafkah anak sebab nafkah anak tak   
    boleh tuntut tunggakan di  mahkamah tau. Hanya nafkah isteri je boleh mohon tunggakan.

3. si isteri berhak dapat tempat tinggal semasa proses perceraian :



Seksyen 72. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam menjelaskan  hak tempat tinggal :

(1) Seseorang perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.

(2) Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subsekyen (1) akan terhenti—
    (a) jika tempoh ‘iddah telah tamat;

    (b) jika tempoh penjagaan anak telah habis;

    (c) jika perempuan itu telah berkahwin semula; atau

    (d) jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan yang memberahikan secara terbuka (fahisyah),
dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.

Nafkah isteri



Suami bagi nafkah kat isteri walau isteri bekerja bergaji besar. Selalu isteri tidak kisah pon beli barang diri  dan anak guna duit sendiri tetapi bila suami ada perempuan lain, hilang sabarnya. isteri jangan diam je tak minta nafkah dari suami, diam tu tanda redho. Nak tuntut kemudian dah susah  dah sebab anda redho.


Seksyen 60 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam menyatakan Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi isteri, dan kesan nusyuz

(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh, memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.

(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau dengan tidak munasabah enggan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain—


(a) apabila dia menjauhkan diri daripada suaminya;

(b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau

(c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke suatu rumah atau tempat lain,

tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

(3) Sebaik selepas isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, maka isteri itu tidak lagi nusyuz.

Kahwin lari

Secinta mana pon, jangan relakan diri anda dilarikan ke siam untuk dikahwini. Mudarat bertimpa kelak.

1. Pengesahan nikah tersebut di Malaysia tidak semudah disangka. Andai terlibat dengan nikah sindiket  tidak sah prkahwinan di sisi  hukum syarak.

2. Sekiranya berlaku perceraian, tiada hak isteri menuntut nafkah atau harta sepencarian jika prkahwinan tak didaftar di malaysia. 

3.anak yang lahir pon menjadi mangsa selain tiada hak anak, Ada kes tidak juga boleh daftar nama bapa jika perkahwinan diragui. 

4.Jika anda nak kawin baru selepas perceraian pertama, agak sukar kerana tiada rekod perkahwinan pertama.



 Nasihat buat si gadis, jangan sekali tinggalkan keluarga demi cinta. Memang pahit berpisah dengan orang dicintai namun ketahuilah perkahwinan tanpa restu keluarga selalu berakhir dengan perceraian. Cinta lelaki pada kita mungkin akan pudar seiring waktu tetapi cinta kasih sayang keluarga abadi selamanya. Kita hadapi kegagalan berkali-kali, Kita punya banyak kelemahan kekurangan, Kita buat banyak kesilapan,Pengakhirannya  yang akan terima kita seadanya dan memberi sokongan membantu kita dalam susah senang pastinya keluarga. 
 Namun, sekiranya anda telah pun 'terkahwin lari' di Siam, sila buat pengesahan pernikahan anda 
segera sebelum segalanya bertambah sukar. Jika perlu bantuan untuk pengesahan pernikahan di 
Mahkamah Syariah,  anda boleh menghubungi saya. 

Hibah di Malaysia

 Definisi Hibah
Hibah menurut istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

 Dalil Pensyariatan Hibah
“... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya” (Surah al-Baqarah ayat 177).

Rukun Hibah

·        (i) Pemberi hibah (al-Wahib)
Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

(ii) Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

(iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
§    Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
§    Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
§    Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
§    Ia boleh diserah milikkan.
§    Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.

(iv) Sighah iaitu ijab dan kabul
Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
§    Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
§    Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
§    Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. 


          Anda boleh merujuk Peguam Syariah sekiranya berminat untuk membuat surat ikatan hibah. Firma guaman kami turut  menawarkan perhidmatan menyediakan hibah secara bertulis atau surat ikatan hibah.

         Mahkamah Syariah hanya berbidangkuasa dalam Pengesahan hibah bagi kes Pemberi hibah telah meninggal dunia di kebanyakan negeri. Bagi kes pengesahan hibah, sebaiknya anda merujuk Peguam Syariah bertauliah bagi tuntutan pengesahan hibah di mahkamah syariah. Firma guaman kami juga boleh membantu anda dalam tuntutan pengesahan hibah di Mahkamah Syariah. 
    






Atirah Kizman & Associates

Tetuan Atirah Kizman & Associates
Firma guaman Syariah, Atirah Kizman & Associates telah  diasaskan oleh Peguam Syariah, Nurul Atirah Kamaruzaman. Beliau dilahirkan di Teluk Intan, Perak dan kini beramal sebagai Peguam Syariah di Negeri Perak, Negeri Sembilan Negeri Melaka dan Wilayah Persekutuan. 

Beliau berpengalaman berhidmat sebelum ini di Tetuan Norhasliza Dzulkepeli & Associates, Tetuan Fakhrurrazi & Associates, Tetuan Salwah Ghazali & Co dan Tetuan Haida Mohd Fikah & Partners dan Tetuan IrsamuddinFitri & Associates. Beliau pernah menjalani latihan industri di Mahkamah Syariah Teluk Intan dan Mahkamah Syariah Putrajaya. 

Latar belakang akademik:
-SMKA Slim River
-SMK Seri Perak
-Diploma Syariah Undang-Undang Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
-Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa (kepujian) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
-Diploma Amalan Kehakiman Guaman Syarie (USIM)
-Sarjana Penguatkuasaan Undang-Undang  Universiti Tekonologi Mara   (UiTM)

Firma guaman ini ditubuhkan bagi membantu mereka yang mengalami masalah guaman dan bagi mereka yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan keluarga dan undang-undang Islam di Malaysia. Penyediaan dokumen hibah dan wasiat turut disediakan firma guaman Atirah Kizman & Associates.

Sebarang masalah, pertanyaan  dan konsultasi yang diperlukan boleh menghubungi talian dan emel yang dinyatakan di bawah :

Nombor Telefon : 0136390275

Emel: atirahkizman.assoc@gmail.com



Perbezaan Fasakh dan Talaq

Perbezaan pertama ialah tentang hubungan di antara suami dan isteri, iaitu jika perceraian itu berlaku menerusi talaq rajii (talaq yang bole...