Tuesday 4 December 2018

Nafkah anak selepas perceraian



Sekiranya anda dipanggil hadir ke mahkamah, sila hadir ke mahkamah untuk membela diri anda. Jangan takut seorang tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah. Jangan anggap remeh ketidakhadiran ke Mahkamah Syariah boleh menyebabkan anda di penjara atau jangan merungut mahkamah akan putuskan perbicaraan sebelah pihak.  Selalu terjadi kes bila mahkamah dah putuskan potong gaji bapa untuk pembayaran nafkah anak, barulah si bapa ni sibuk nak buat rayuan atau tuntutan ubah perintah. Suami atau bapa sekalian juga harus ingat tanggungjawab anda menyediakan nafkah kepada anak sekalipun anak dalam jagaan bekas isteri.



Seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan menyatakan  Kewajipan menanggung nafkah anak :

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka menjadi kewajipan seseorang lelaki untuk menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pendidikan sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

(2) Kecuali seperti yang disebut terdahulu, menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, untuk menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat yang bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.

No comments:

Post a Comment

Perbezaan Fasakh dan Talaq

Perbezaan pertama ialah tentang hubungan di antara suami dan isteri, iaitu jika perceraian itu berlaku menerusi talaq rajii (talaq yang bole...