Tuesday 4 December 2018

Hibah di Malaysia

 Definisi Hibah
Hibah menurut istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

 Dalil Pensyariatan Hibah
“... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya” (Surah al-Baqarah ayat 177).

Rukun Hibah

·        (i) Pemberi hibah (al-Wahib)
Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

(ii) Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

(iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
§    Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
§    Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
§    Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
§    Ia boleh diserah milikkan.
§    Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya.

(iv) Sighah iaitu ijab dan kabul
Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
§    Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
§    Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
§    Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. 


          Anda boleh merujuk Peguam Syariah sekiranya berminat untuk membuat surat ikatan hibah. Firma guaman kami turut  menawarkan perhidmatan menyediakan hibah secara bertulis atau surat ikatan hibah.

         Mahkamah Syariah hanya berbidangkuasa dalam Pengesahan hibah bagi kes Pemberi hibah telah meninggal dunia di kebanyakan negeri. Bagi kes pengesahan hibah, sebaiknya anda merujuk Peguam Syariah bertauliah bagi tuntutan pengesahan hibah di mahkamah syariah. Firma guaman kami juga boleh membantu anda dalam tuntutan pengesahan hibah di Mahkamah Syariah. 
    






No comments:

Post a Comment

Perbezaan Fasakh dan Talaq

Perbezaan pertama ialah tentang hubungan di antara suami dan isteri, iaitu jika perceraian itu berlaku menerusi talaq rajii (talaq yang bole...