Tuesday 4 December 2018

Perceraian fasakh di Malaysia


Selalu kita dengar isteri ingin menuntut fasakh jika suami enggan melepaskannya. Tahukah anda perceraian secara fasakh memerlukan pembuktian yang kuat. Kebayakan kes, Hakim Syariah akan menasihati Plaintif untuk melantik Peguam Syariah dalam membantu tuntutan fasakh tersebut. Sebaiknya anda melantik Peguam Syariah bertauliah untuk membantu anda dalam tuntutan fasakh.  Kesan perceraian secara fasakh ialah suami isteri tidak boleh merujuk semula selepas fasakh diputuskan mahkamah dan perlu berkahwin semula jika ingin berbaik semula.Fasakh juga tidak akan mengurangi bilangan talaq sekiranya berkahwin semula. 


Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam  menyatakan alasan-alasan berikut untuk permohonan perceraian fasakh:

(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berkahwin mengikut Hukum Syarak berhak mendapat suatu perintah untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—

    (a) bahawa tidak diketahui tempat di mana beradanya suami atau isteri selama tempoh lebih daripada satu tahun;

    (b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
    (c) bahawa suami atau isteri telah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau lebih;

    (d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

    (e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

    (f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

    (g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

    (h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain—
      (i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;
      (ii) berkawan dengan perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

      (iii) memaksa isteri hidup secara lucah;

      (iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;

      (v) menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

      (vi) jika suami mempunyai lebih daripada seorang isteri, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;
    (i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi persetubuhan belum berlaku kerana suami atau isteri sengaja enggan bersetubuh;

    (j) bahawa isteri tidak memberikan izin terhadap perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau apa-apa hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

    (k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun boleh memberi izin yang sah, ialah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam pengertian Ordinan Sakit Otak 1952[Ord. 31/52.] atau sakit otaknya adalah daripada jenis atau ke takat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau













No comments:

Post a Comment

Perbezaan Fasakh dan Talaq

Perbezaan pertama ialah tentang hubungan di antara suami dan isteri, iaitu jika perceraian itu berlaku menerusi talaq rajii (talaq yang bole...