Wednesday 23 January 2019

Harta sepencarian menurut undang-undang Islam Malaysia

Harta sepencarian di Malaysia dikenali dengan pelbagai nama antaranya harta syarikat, harta usaha sama, carian laki bini, pencarian dan sebagainya. Tuntutan untuk mendapatkan sebahagian harta sepencarian bagi orang Islam pada mulanya didasarkan atas adat Melayu dan tuntutan itu boleh dibuat di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Mahkamah Sivil telah memutuskan bahawa hak itu adalah muncul dari adat Melayu. Selepas pindaan Perlembagaan Perkara 121 (1A) kes yang berkaitan dengan harta sepencarian orang Islam telah dibawa ke Mahkamah Syariah. Perkara 121 (1A) memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidangkuasa dalam mana-mana perkara yang termaktub dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Apabila kes-kes itu dibawa ke hadapan Mahkamah Syariah sebelum perundangan yang berkenaan diadakan, kadi-kadi nampaknya sukar hendak mencari asas untuk tuntutan harta sepencarian di bawah undang-undang Islam. Dalam banyak kes-kes tersebut, mereka menganggap perkara itu sebagai pertikaian antara pihak-pihak itu mengenai harta dan mereka telah mencuba mencari penyelesaian melalui persetujuan antara pihak-pihak itu melalui pembahagian yang saksama antara mereka. Kini, harta sepencarian selepas perceraian merupakan hukum adat orang-orang Melayu yang telah diberi pengiktirafan undang-undang di bawah enakmen-enakmen negeri. Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 mendefinisikan harta sepencarian sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.

Tidak terdapat nas yg jelas sama ada di dlm al-Quran mahupun al-Sunnah. Hanya dibahaskan ulama-ulama di dalam kitab mengenai “Mata’ al-Bayt” iaitu perkakasan rumah & ada yang menyebut sebagai “Mal al-Zawjayn” yg bermaksud harta suami isteri.
Hadis:

ما رأه المسلمون حسنا فهو عند ألله الحسن
“Apa-apa yg dipandang baik olh org Islam maka baik juga di sisi Allah”
Kaedah fiqh – adat yang diakui sebagai hukum & uruf itu diiktibarkan oleh syarak

Firman Allah dlm Surah al-Nisa’ 4: 32:
للرجال نصيب ممااكتسبوا وللنسأ نصيب مما اكتسبن
“…Bagi lelaki ada bahagian dari apa yg diusahakannya & bagi perempuan pula ada bahagian dari apa yg mereka usahakan...”

Rujukan berkenaan pembahagian harta sepencarian boleh dirujuk dalam Kitab Bughyah al-Mustarshidin yang menyatakan:
“Telah bercampur harta suami isteri & tak diketahui harta sesiapa yang lebih
banyak, tak ada tanda-tanda yang dapat membezakan harta salah seorangnya,
kemudian berlaku perceraian di antara keduanya atau mati, maka tak sah salah
seorang & mereka (suami isteri atau warisnya) memerintah (mengguna) sesuatu
daripada harta itu sebelum dapat dibezakan atau sblm dibuat perdamaian (al-Sulh)
Jika mereka tidak menyetujui satu pun dariipada yang demikian, maka pihak
yg memiliki sesuatu dari harta (memegang harta) akan diterima
cakapnya dgn sumpahnya; bahawa harta itu miliknya. Tetapi jika harta
itu dimiliki oleh kedua-duanya (masing-masing memegang harta), maka
masing-masing boleh meminta pihak yang lain bersumpah, kemudian harta itu
dibahagi dua”

Imam Syafie telah menghuraikan di dalam kitab Al-Umm berkenaan perkakas rumah:
Apabila bertelingkah seorang lelaki dengan seorang perempuan (suami isteri)tentang perkakas rumah yang keduanya menduduki rumah itu sebab mereka berpisah atau kematian.
Bagi perkakas rumah apabila mereka menduduki sebuah rumah yang menjadi milik mereka, maka secara zahirnya perkakas itu menjadi milik kedua-duanya. Maka kedua-duanya bersumpah bagi menyokong dakwaan pemilik.

Kitab Bughyah al-Mustarshidin. Hlm . 159
Jika kedua-duanya bersumpah maka perkakas itu dibahagikan dua antara mereka, sebab pihak lelaki kadangkala memiliki perkakas perempuan dengan cara membeli, mewarisi dan sebagainya. Begitu juga perempuan kadangkala memiliki perkakas lelaki dengan cara membeli, mewarisi dan sebagainya.

Sumbangan isteri sebagai suri rumah diambil kira dalam pembahagian harta sepencarian ada dihuraikan dalam Matan Fathul Mu’in.
‘adapun perkara yang tidak khusus kepada isteri melakukannya, seperti memasak makanan dan mencuci pakaian suami, maka tidaklah menjadi kewajipan ke atas isteri, tetapi kewajipan tersebut menjadi tugas suami isteri. Oleh yang demekian suami kenalah menangani sendiri iaitu dengan suami membayar upah dan sebagainya.’
Apabila seseorang isteri bertugas di rumah, dirinya juga perlu diberi upah.

No comments:

Post a Comment

Perbezaan Fasakh dan Talaq

Perbezaan pertama ialah tentang hubungan di antara suami dan isteri, iaitu jika perceraian itu berlaku menerusi talaq rajii (talaq yang bole...